Habsah Hassan Ulas Isu ‘Penyanyi Segera’ ‘Janganlah Sekadar Menyemak…’
Habsah Hassan Ulas Isu ‘Penyanyi Segera’ ‘Janganlah Sekadar Menyemak…’
“Jangan hanya sekadar menyemak..,” demikian kata penulis lirik tersohor negara, Datuk Habsah Hassan berhubung fenomena kehadiran ‘artis-artis segera’ termasuk dalam kalangan usahawan yang disifatkan boleh menjejaskan imej industri seni tanah air.
Habsah atau mesra dipanggil Kak Chah berkata, segelintir individu yang memiliki wang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berdepan cemuhan.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program Bicara Seni Kata Lagu Tiga Zaman yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Program yang dikendalikan oleh pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie itu turut menampilkan komposer dan penulis lirik, Fauzi Marzuki dan penyanyi, Aishah, Aina Abdul, Naim Daniel serta Eric daripada kumpulan Floor 88.
Mengulas lanjut, penulis lirik lagu Salam Terakhir itu berpandangan perlu ada badan berkaitan yang memantau lambakan-lambakan lagu dan penyanyi, yang kualitinya boleh dipertikaikan.
Jelas beliau lagi, stesen-stesen penyiaran juga dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan lagu-lagu, dan bukan hanya sekadar gimik atau wang semata-mata.
“Tetapi saya rasa kalau kita nak kan komersial atau gimik, biarlah gimik yang menaikkan martabat (industri muzik) kita dan bukannya menjatuhkan.
“Ini hanya membuat di luar sana (masyarakat) lebih banyak kecaman berbanding pujian. Mungkin stesen buat duit tetapi adakah buat duit memadai dengan merosakkan industri?” soalnya.
Selain itu, Habsah menambah penonton atau pendengar tidak wajar ‘diperbodohkan’ dengan persembahan atau nyanyian yang merepek.
Sebagai individu yang berpengalaman, Habsah menegaskan, industri seni sentiasa menghargai kehadiran artis-artis baharu yang berbakat besar.
Dalam masa yang sama, Habsah turut mencadangkan agar kawalan kualiti atau quality control diwujudkan bagi membolehkan syarikat-syarikat penyiaran menilai lirik, melodi dan suara penyanyi sebelum sesebuah lagu itu dibenarkan untuk disiarkan.-AA
Habsah Hassan Ulas Isu ‘Penyanyi Segera’ ‘Janganlah Sekadar Menyemak…’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.