Tol Percuma Sempena Aidilfitri: Ini Lima Perkara Anda Perlu Tahu
Tol Percuma Sempena Aidilfitri: Ini Lima Perkara Anda Perlu Tahu
PADA Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tol percuma untuk 4 hari, bukan sepanjang minggu
Bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) Bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad)
Diskaun dinikmati semua pengguna berjumlah RM77.11 juta
Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.
Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
Bukan semua lebuhraya berikan tol percuma:
Hanya sembilan lebuh raya memberikan tol percuma iaitu:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus) 2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) 4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) 5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA) 6. Jambatan Pulau Pinang (JPP) 7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)
Masih perlu gunakan SmartTAG, kad Touch ‘n Go, RFID
Benar, tol percuma namun anda masih perlu menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID kerana anda masih perlu menggunakan lorong di plaza tol.
Perlu diingat, kalau anda masuk melalui RFID, anda harus keluar melalui lorong RFID juga.
Patuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari PLUS
Selepas tol percuma itu diumumkan, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang beraya ke kampung.
Jadi, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut TTA seperti dicadangkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan atau tempoh perjalanan lebih panjang pada musim perayaan 29 April hingga 9 Mei ini.-AA
Tol Percuma Sempena Aidilfitri: Ini Lima Perkara Anda Perlu Tahu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.