Polis akan panggil semua ahli politik dipetik ‘PASleak’

Polis akan panggil semua ahli politik dipetik ‘PASleak’

Polis akan memanggil semua ahli politik yang disebut dalam satu minit mesyuarat dirujuk sebagai dokumen ‘PASleak’, yang memperincikan dakwaan perancangan politik membabitkan dua pemimpin PAS.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim ketika dihubungi berkata polis telah memulakan siasatan terhadap dokumen itu.

Katanya, pihak berkuasa meneliti perkara itu berikutan laporan yang dibuat oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi minggu lepas.

“Kami telah memulakan siasatan terhadap kes ini.

“Ya polis akan ambil keterangan daripada semua yang dinamakan dalam dokumen tersebut,” katanya ringkas melalui mesej teks menjawab pertanyaan Malaysiakini mengenai kes itu hari ini.

Bagaimanapun, Azmi tidak menjelaskan lebih lanjut bila tarikh dan masa ahli politik berkenaan akan tampil untuk merakamkan kenyataan, atau jika ada yang telah diambil keterangannya.

Dokumen ‘PASleak’ itu mengandungi minit mesyuarat dua pemimpin PAS selepas mereka bertemu pelbagai tokoh Umno, Bersatu dan Pejuang.

Nama yang dipetik dalam dokumen itu termasuk beberapa ahli parlimen dan menteri kabinet.

Antara lain, dokumen itu menyebut dakwaan perbincangan mengenai mempercepatkan kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno tertentu. Ini mendorong Zahid, yang menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah, membuat laporan menggesa polis menyiasat dakwaan itu.

Salah seorang daripada dua pemimpin PAS yang dinamakan dalam dokumen itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menafikan kandungan dokumen itu dan menyifatkannya sebagai “sampah”.

Pun begitu, naib presiden PAS itu mengakui bahawa mesyuarat yang dicatatkan dalam dokumen itu memang berlaku, tetapi rumusan perbualan yang didakwa dokumen ‘PASleak’ itu adalah rekaan.

Mk tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan kandungan ‘PASleak’ itu tetapi telah cuba menghubungi setiap individu yang dinamakan dalam dokumen itu dan sedang menunggu maklum balas mereka. Mk

Polis akan panggil semua ahli politik dipetik ‘PASleak’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker