PAS parti ahlul-nafi, tak dipercayai rakyat – Mahfuz
PAS parti ahlul-nafi, tak dipercayai rakyat – Mahfuz
PAS kini dianggap sebuah parti yang tidak boleh dipercayai susulan penafian satu dokumen tular dan mewajarkan parti itu dilabel sebagai “ahlul-nafi” atau kumpulan yang suka menafikan sesuatu yang benar.
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, penafian yang dibuat oleh bekas partinya itu juga adalah bukanlah satu perkara baharu sebaliknya “diamalkan” beberapa kali sebelum ini, termasuk ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua penerangan PAS Pusat.
“PAS ini ada juga isu lain, pertama sekali Muafakat Nasional, dia berkira dengan Umno dan akhirnya dia meninggalkan Umno pergi kepada Perikatan Nasional.
“Hari ini dia sendiri kalau ikut dalam PasLeak sedia berunding dengan Pakatan Harapan khususnya PKR dan Amanah, sebelum Bersatu membuat pendirian bersendirian, maknanya dia sendiri sudah meragui tentang pendirian Bersatu terhadap dia.
“Bagi saya PAS adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh masyarakat Malaysia sebab penafian yang dibuat ini bukan satu benda yang baharu. Iaa boleh dilabel sebagai ‘ahli nafi’ atau pun ‘ahlul-nafi’,” kata Mahfuz seperti laporan Astro Awani.
Mahfuz berkata demikian merujuk ketika beliau menjawat jawatan ketua penerangan PAS, beliau diarahkan untuk membuat kenyataan menafikan ‘Gerakan UG’ antara pemimpin PAS dan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi secara tertutup.
Bagaimanapun, dia akhirnya terpaksa memohon maaf setelah bekas perdana menteri itu membuat pembongkaran sendiri.
Mahfuz turut memberikan satu lagi contoh membabitkan klip audio tular melibatkan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dinafikan pimpinan PAS dan akhirnya diakui sendiri kebenarannya oleh anak kepada bekas mursyidul am PAS itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mencabar kepimpinan PAS supaya membuat laporan polis sekiranya isu ini tidak benar seperti yang dilakukan dalam beberapa isu lain sebelum ini.
“Saya tidak nampak ada satu kesungguhan, dia menafikan itu sekadar nak melepas batuk di tangga, kalau betul-betul ada orang buat (fitnah), dia boleh buat laporan polis, boleh kerah Pemuda (PAS) untuk buat laporan polis di seluruh negara.
“Sebelum ini pelbagai isu dia boleh buat laporan polis di seluruh negara, tetapi sekarang tidak nampak kesungguhan, takkan kerana letih puasa tidak buat laporan polis,” katanya.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, tiada kewajaran untuk membuat laporan polis kerana isu itu sekadar “surat layang”.
FMT
PAS parti ahlul-nafi, tak dipercayai rakyat – Mahfuz
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan