Pasleak: Tepuk Dada Tanya Selera, Kata Zahid Kepada Annuar

Pasleak: Tepuk Dada Tanya Selera, Kata Zahid Kepada Annuar

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen ‘Pasleak’ bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius.



“Apakah kandungan ‘Pasleak’ dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera.

“Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,”katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

‘Pasleak’ didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini.

Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Ahmad Zahid ke penjara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam hantaran sama turut membangkitkan kenyataan Annuar yang disifatkan bercanggah dengan pendirian Badan Perhubungan UMNO Kelantan.



“Ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, kita sebagai orang parti dari ahli biasa ke peringkat bahagian parti perlu lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.

“Jangan pula tindak tanduk kita umpama musuh parti luar yang sama menari ikut rentak mereka.

“Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itu lah namanya bukan kebetulan lagi,” katanya.-SH

Pasleak: Tepuk Dada Tanya Selera, Kata Zahid Kepada Annuar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker