Kenapa pesawat ‘U-turn’ ke Kota Kinabalu, penumpang tanya Malaysia Airlines
Kenapa pesawat ‘U-turn’ ke Kota Kinabalu, penumpang tanya Malaysia Airlines
Malaysia Airlines digesa memastikan penumpangnya mengetahui isu teknikal yang dihadapinya, selepas penerbangan MH2607 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur didakwa berpatah balik di tengah jalan akibat masalah autopilot.
Penumpang, E Sivabalan berkata, mereka hanya dimaklumkan kapten selepas masalah itu diselesaikan dan pesawat terbabit sudah berpatah balik ke Kota Kinabalu.
“Kami sepatutnya diberitahu apa yang berlaku kerana kami membayar untuk penerbangan kami. Malaysia Airlines bertanggungjawab untuk memaklumkan penumpangnya,” katanya kepada FMT.
Sivabalan berkata, pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu kira-kira 4.30 petang semalam, tetapi beliau merasakan pesawat itu membuat pusingan U di tengah jalan.
Katanya, ia mendarat di Kota Kinabalu pada 6.15 petang.
Beliau berkata, ramai penumpang kecewa kerana keliru dan kurang penjelasan berhubung perkara itu, menyebabkan mereka terpaksa menaiki penerbangan seterusnya atau hari berikutnya.
Sivabalan berkata, beliau masih tidak tahu punca sebenar di sebalik pesawat itu berpatah balik.
Katanya, melalui perbincangan dengan kakitangan lapangan di Kota Kinabalu, beliau mendapati ia didakwa berpunca daripada masalah autopilot.
Beliau menggesa Malaysia Airlines lebih telus dan membangkitkan kejadian awal bulan ini, di mana sebuah pesawat dalam penerbangan ke Tawau terpaksa berpatah balik ke KLIA, selepas dilaporkan “menjunam” secara tiba-tiba.
Tiga penumpang membuat laporan polis meminta siasatan terperinci ke atas kejadian terdahulu.
FMT telah menghubungi Malaysia Airlines untuk mengulas. FMT
Kenapa pesawat ‘U-turn’ ke Kota Kinabalu, penumpang tanya Malaysia Airlines
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.