Laman Sesawang Melalui Whatsapp Berkaitan Cabutan Bertuah Petronas Adalah Palsu – Bukit Aman

Laman Sesawang Melalui Whatsapp Berkaitan Cabutan Bertuah Petronas Adalah Palsu – Bukit Aman

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah mengesan satu pautan palsu berkaitan cabutan bertuah yang kononnya dianjurkan pihak Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengarah JSJK Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pautan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp itu ialah https://thursdaystagnation.top/petronas-gf/tb.php?oiesclfi1650589983456, yang jika ditekan akan membawa pengguna ke laman web yang dipercayai sebagai ‘phishing website’.

“Setelah menekan pautan itu, pengguna akan diminta untuk menjawab empat soalan kaji selidik ringkas yang dipercayai direka bagi tujuan mendapatkan data pengguna (phishing),” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Kamarudin berkata setelah selesai menjawab kesemua soalan, pengguna dikehendaki menghantar pautan itu kepada 20 orang yang lain dan semakan lanjut mendapati, laman sesawang berkenaan adalah palsu dan tiada sebarang kaitan dengan pihak Petronas.

Sebagai langkah pencegahan Mohd Kamarudin menasihati orang ramai untuk tidak melayari kandungan laman sesawang berkenaan kerana dipercayai ia turut mengandungi ‘trojan/malware’ yang boleh membahayakan data yang tersimpan di peranti milik pengguna.

Bagi sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCD Scam Response Center dengan menelefon 03-26101559 atau 03-26101599.-AA

Laman Sesawang Melalui Whatsapp Berkaitan Cabutan Bertuah Petronas Adalah Palsu – Bukit Aman

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker