Nubhan bawa Mak Jenny pusing KL naik helikopter
Nubhan bawa Mak Jenny pusing KL naik helikopter
Penyanyi Nubhan membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, dengan membawa menaiki helikopter mengelilingi pusat bandaraya selama sejam, di sini, semalam.
Nubhan, 36, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad berkata, antara tujuan lain adalah membawa ibunya juga dikenali sebagai Mak Jenny berjalan-jalan.
“Saya saja nak bawa Mak Jenny naik helikopter dan bawa jalan sebab sudah lama tak bawa dia keluar. Lagi pula Mak Jenny pun baru sembuh dari jangkitan Covid-19.
“Jadi, saya lebih pada nak buat dia gembira. Selepas itu kami pergi buka puasa. Dalam masa sama, nak berikan satu pengalaman yang lain daripada lain. Saya juga bawa isteri bersama, dan dia pun terkejut kena naik helikopter juga,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Nubhan, kejutan itu adalah hadiah awal buat kejayaan perniagaan makanan ibunya, ‘ready to eat’ seperti sambal dan rendang.
“Mak Jenny kan ada perniagaan makanan ‘ready to eat’, jadi nak buat kejutan juga pada dia yang mana perniagaan baru sembilan bulan tapi jualan sangat bagus. Jadi sebelum kita buat kejutan lain, kita bawa naik helikopter dulu,” katanya. HM
Nubhan bawa Mak Jenny pusing KL naik helikopter
Baca Artikel Menarik:
- ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah
- Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri
- Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella
- Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA
- Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana
- Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka
- Pengetua sekolah bertunang dengan murid
- Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun
- Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal
- Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]
- Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang
- Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.