Kit Siang Malukan Diri Sendiri Bila Samakan Malaysia Dan Sri Lanka
Oleh Nurul Aisyah
DALAM bab ekonomi, kita perlu biarkan pakar yang keluarkan kenyataan. Haru biru jadinya bila ahli politik yang tidak tahu berkenaan ekonomi cuba mempolitikkan isu tersebut.
Baru-baru ini Lim Kit Siang yang tidak faham hal ehwal ekonomi mengeluarkan kenyataan yang jauh panggang dari api berkenaan ekonomi negara.
Masihkah kita ingat bagaimana teruknya Lim Guan Eng mengendalikan kewangan negara ketika menjadi Menteri Kewangan selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah. Beliau tanpa segan silu mengakui salah titik perpuluhan dalam membuat laporan berkenaan angka baki tabung bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Jumlah tersebut bukan RM1.486 bilion sebaliknya hanya RM148.6 juta.
Keluarga Lim ini tidak layak bercakap bab ekonomi langsung.
Sejak kebelakangan ini Kit Siang cuba “recycle” taktik lama PH yang menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia bakal muflis dan gagal. Beliau membina persepsi salah bahawa Malaysia bakal menerima nasib yang sama seperti Sri Lanka.
Tindakan tersebut dilihat bertujuan agar anak beliau dan DAP kononya boleh “Selamatkan Malaysia”. Rakyat Malaysia sudah tahu bagaimana Lim Guan Eng dan DAP telah hancurkan ekonomi negara ketika PH memerintah selama 22 bulan.
Uncle, kalau tak faham benda ekonomi ni, janganlah komen.
Jauh beza keadaan Malaysia dengan Sri Lanka.- Datuk Seri Najib
Sri Lanka sedang menghadapi krisis yang teruk pada ketika ini disebabkan kekurangan dana dalam mata wang asing untuk membayar hutang negara.
Walaupun ada propaganda negara barat yang kata negara China adalah penyebab Sri Lanka tak dapat bayar hutang asing, ianya tidak benar sebab hutang kepada negara China hanya 10% daripada jumlah keseluruhan hutang asing Sri Lanka. Baki 90% adalah hutang yang dipinjam oleh kerajaan Sri Lanka melalui terbitan bon-bon matawang asing.
Datuk Seri Najib yang sememangnya pakar dalam bab ekonomi menjelaskan perbezaan keadaan Sri Lanka dengan Malaysia:
1. Perbezaan hutang kerajaan Sri Lanka dengan Malaysia.
Biarpun nisbah hutang kerajaan kepada KDNK bagi Malaysia naik mencanak selepas PRU14 angkara PH dan PN ke 62% pada akhir tahun lalu tetapi hanya 2.5% (sekitar RM25 bilion) daripada hutang RM1 trilion Malaysia adalah dalam bentuk mata wang asing.
Bon samurai kerajaan PH dalam bentuk Yen Jepun juga telah meningkatkan hutang mata wang asing kita yang cuma RM15 bilion sebelum PRU14.
Inilah perbezaan paling ketara berbanding Sri Lanka di mana nisbah hutang kerajaan mereka telah cecah 100% di mana lebih 50% daripada hutang mereka adalah dalam bentuk mata wang asing.
Lebih 97% daripada hutang kerajaan Malaysia adalah dalam mata wang Ringgit maka kita tidak terdedah kepada keadaan di mana negara tak cukup dana mata wang asing untuk bayar hutang kepada peminjam asing.
2. Malaysia telah mencatat lebihan (atau surplus) bagi perdagangan antarabangsa kita secara memanjang sejak berpuluh tahun lalu.
Ini bermakna nilai eksport kita adalah lebih tinggi berbanding nilai import kita. Sri Lanka pula mencatat defisit perdagangan antarabangsa secara memanjang.
3. Jumlah rizab antarabangsa Malaysia adalah dalam trend menaik dan sering mencecah US$100 bilion sejak tahun 2000.
Keadaan rizab antarabangsa kita cuma kritikal pada tahun 1990an susulan sebahagian besar rizab asing kita lesap dalam skandal FOREX BNM zaman PM4 (Mahathir) sehingga kita terancam dengan krisis ekonomi asia tahun 1998 apabila mata wang Ringgit diserang dan negara tidak cukup dana asing untuk mempertahankannya.
Rizab antarabangsa Sri Lanka pula adalah lemah sejak 20 tahun lalu dan pada kemuncaknya cuma sampai US$10 bilion dan kita telah menurun ke bawah US$2 bilion berbanding hampir US$120 bilion bagi Malaysia.
4. Pandemik Covid juga memburukkan keadaan bagi Sri Lanka sebab industri pelancongan asing merupakan sumber utama bagi aliran masuk dana asing ke Sri Lanka.
Ini tak sama dengan Malaysia di mana penyumbang utama adalah sektor pembuatan dan eksport minyak/gas serta komoditi seperti minyak sawit yang semakin meningkat susulan pembukaan semula ekonomi dunia.
Apa yang pasti, rakyat Malaysia tidak mahu lagi keluarga Lim menguasai politik dan ekonomi negara bagi mengelakkan Malaysia dimusnahkan sekali lagi sepertimana ketika PH memerintah.
You must be logged in to post a comment.