Kebakaran : Wanita Melecur Di Muka Dan Kaki, Rumah Musnah Terbakar — MYKMU.NET

Kebakaran : Wanita Melecur Di Muka Dan Kaki, Rumah Musnah Terbakar



Kebakaran : Wanita Melecur Di Muka Dan Kaki, Rumah Musnah Terbakar

PEKAN: Dua wanita cedera akibat melecur pada kaki dan muka dalam kebakaran di rumah mereka dekat Kampung Pahang Tua, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi menyebabkan kedua-dua mangsa yang difahamkan salah seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) terpaksa dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang berkata, sepasukan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Peramu bersama jentera dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 18.5 meter persegi yang musnah terbakar dengan kadar peratusan sehingga 70 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran menggunakan sumber air tangki pam jentera bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Katanya, pihak forensik bomba akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.-AA

Kebakaran : Wanita Melecur Di Muka Dan Kaki, Rumah Musnah Terbakar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: