Sebak Setiap Kali Teringat Masakan Arwah Siti Sarah, Tak Selera Makan, Shuib Hilang 9 Kg [VIDEO] — MYKMU.NET

Sebak Setiap Kali Teringat Masakan Arwah Siti Sarah, Tak Selera Makan, Shuib Hilang 9 Kg [VIDEO]



Sebak Setiap Kali Teringat Masakan Arwah Siti Sarah, Tak Selera Makan, Shuib Hilang 9 Kg [VIDEO]

RAMADAN tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib apabila menjalaninya tanpa isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan arwah.

“Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap.

“Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwah masih bersama.




“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwah. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujar Shuib kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuib berkata, selera makan yang masih tidak menentu menyebabkan berat badannya semakin menurun

Namun, demi anak-anak, Shuib berkata, dia cuba memaksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas.

“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sakit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.

“Berat badan saya menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. Kalau hitung-hitung dan ikutkan selera sekarang ini, boleh turun lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” ujarnya

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.




Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.-MS
Sebak Setiap Kali Teringat Masakan Arwah Siti Sarah, Tak Selera Makan, Shuib Hilang 9 Kg [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: