Kematian Baby Adam tiada unsur jenayah – Polis



Kematian Baby Adam tiada unsur jenayah – Polis

Polis berkata tiada unsur jenayah dalam kematian Baby Adam di rumah kebajikan dikenali sebagai Rumah Bonda pada 2020.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan mengesahkan perkara itu kepada FMT hari ini.

Ini menyusul persoalan dibangkitkan ADUN Skudai, Marina Ibrahim berhubung kematian Adam dan mendakwa pengasas rumah kebajikan itu menolak bedah siasat dijalankan ke atas bayi terbabit.

“Siasatan kes Baby Adam dibuka bawah kematian mengejut. Hasil bedah siasat, doktor mengesahkan tiada unsur jenayah dan bayi sindrom down itu meninggal dunia kerana pneumonia,” kata Kamsiah.




Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sedang dibicarakan atas dakwaan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun pada tahun lalu.

Perbicaraan yang masih berlangsung itu mendapat perhatian ramai.

Adam, yang nama sebenarnya Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim, meninggal dunia ketika berusia 10 bulan pada 2020.

Sesetengah pihak mendakwa Adam sihat dan berisi ketika dihantar ke Rumah Bonda, tetapi dia kelihatan kurus semasa meninggal dunia, menyebabkan timbul kebimbangan berhubung keadaannya ketika berada di Rumah Bonda.

Sementara itu, Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah memberitahu FMT, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh agar dakwaan berkenaan dapat dijelaskan kepada masyarakat berhubung kematian bayi terbabit. FMT




Kematian Baby Adam tiada unsur jenayah – Polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Leave a Reply

Your email address will not be published.