Muzium Najis Pelbagai Jenis Di Britain Terima Sambutan Menggalakkan

Muzium Najis Pelbagai Jenis Di Britain Terima Sambutan Menggalakkan

Seorang lelaki dari Britain membuka sebuah muzium najis yang mempamerkan pelbagai bentuk bahan buangan itu daripada berbagai-bagai jenis hidupan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Daniel Roberts, 51, tidak menyangka bahawa muzium yang baru dibuka kepada orang awam pada minggu lepas itu mendapat sambutan di luar jangkaan apabila dia telah menerima beratus-ratus pengunjung sehingga kini.

Muzium Najis Negara, yang terletak di Isle of Wight, England itu memaparkan najis pelbagai jenis haiwan termasuk singa, musang, panda dan wombat serta dua sampel milik manusia.

Menurut Roberts, dia mendapat idea untuk membuka muzium tersebut selepas menemui najis kucing liar jenis lynx ketika berada di Sweden.

“Najis agak mudah untuk dijaga. Ia murah, berada di sekeliling kita serta menjadi satu topik yang tabu.

“Pada awalnya, kami berasa bimbang sekiranya tiada sesiapa yang mahu datang ke muzium ini, namun sambutannya amat luar biasa kerana pengunjung sanggup beratur di bawah hujan semata-mata untuk melihat najis,” katanya.

Muzium Najis Negara milik Roberts adalah kemudahan kedua yang menawarkan pameran najis selepas muzium pertama telah dibuka di Itali. – AGENSI

Muzium Najis Pelbagai Jenis Di Britain Terima Sambutan Menggalakkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker