‘Beraya di rumah keluarga lebih seronok’

SHAH ALAM – Kebanyakan anak perantau mengambil keputusan untuk pulang beraya dan bermalam di rumah keluarga bagi meluangkan masa bersama yang tersayang semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, keputusan tersebut diambil bagi mengubati rasa rindu terhadap ahli keluarga setelah dua tahun tidak dibenarkan berkumpul untuk menyambut perayaan.

Rata-rata mereka tidak berhasrat untuk menyewa di inap desa atau bilik hotel memandangkan masa untuk bersama keluarga adalah terhad.



Menurut Pegawai Tadbir Diplomatik, Abdul Hadi Omar, 51, yang menetap di Bangi, meskipun keadaan tersebut kurang selesa, namun ia waktu yang sesuai untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

 

Abdul Hadi
Abdul Hadi

 

Dia yang akan pulang beraya di Terengganu berkata, ia hanyalah sekadar tidur namun yang penting adalah di pagi raya iaitu bersama keluarga dan saudara mara lain bagi meraikan hari penuh keberkatan itu.



“Bila balik raya, kita akan tetap tidur di rumah bersama orang tua dan adik beradik yang lain. Keadaan begini kurang selesa, tapi itulah waktu untuk kita bersama keluarga mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.

“Bagi yang mempunyai anak besar dan ramai, jika rumah di kampung kecil, mungkin separuh boleh tidur di homestay (inap desa) berhampiran,” katanya kepada wartawan pada Ahad.

Turut mengambil keputusan serupa, pengusaha makanan sejuk beku, Aisah Md Nor, 68, yang mengakui meskipun terpaksa berhimpit bersama sanak saudara yang lain, namun ia bukan satu alasan untuk bersama.

 



Aisah
Aisah

“Saya menetap di Seremban, Negeri Sembilan dan akan pulang ke Melaka pada tahun ini.

“Sebelum ini kami hanya raya melalui dalam talian sahaja. Jadi, tahun ini memang adik beradik dari Selangor, Perak dan Johor akan balik walaupun ibu dan ayah telah tiada. Tahun ni biar berhimpit untuk bagi muat juga. Baru rasa kasih sayang,” ujar Aisah.

Pesara, Ishak Rajikan, 62, yang akan pulang ke Muar berkata, menempah inap desa dan bilik hotel adalah membazir memandangkan rumah keluarganya sudah cukup selesa untuk tidur.

 



Ishak
Ishak

 

“Semestinya saya akan pilih tidur rumah ayah sebab lebih selesa. Barulah ada suasana raya berkumpul ramai-ramai. Lagipun sudah lama tidak jumpa lepas pandemik ini. Check-in hotel membazir,” ujarnya.

Suri rumah, Norazah Aziz, 51, berkata, hari raya merupakan satu-satunya masa yang ada untuk mengumpulkan ahli keluarga bagi beramah mesra dan masak bersama.

Norazah
Norazah

 



“Selalu nak berkumpul ramai-ramai ini susah, jadi raya ini memang adalah masa untuk ambil kesempatan kumpul bersama adik beradik. Ini juga masa untuk kita gembirakan hati orang tua,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, bagi yang bujang, Siti Nurhazira Abu Bakar, 25 yang menetap di Kuala Lumpur tidak sabar untuk pulang ke Langkawi untuk berjumpa dengan ahli keluarga yang lain.

 

Siti Nurhazira
Siti Nurhazira

 



Dia sangat gemar akan suasana berkumpul beramai-ramai di malam hari raya dan melakukan persediaan raya bersama.

“Saya lebih memilih untuk menginap di rumah keluarga kerana saya seorang yang melebihkan keluarga. Peluang seperti ini jarang berlaku di hari biasa justeru itu saya akan hargai dan menikmati setiap saat bersama,” ujarnya.

Bagi Eksekutif Sumber Manusia, Ainur Nashiha Mohd Daud, 24, dia akan tidur di rumah keluarga memandangkan ia baru sahaja selesai di ubah suai.

 

Ainur Nashiha
Ainur Nashiha

“Ada tambah bilik. Jadi kami adik beradik memang akan tidur di rumah mak ayah. Lagi meriah,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker