DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS

DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS

Pendekatan “khemah besar” tidak termasuk parti Bersatu dan PAS kerana tidak mungkin Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas mengkhianati amanah serta mandat rakyat, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) atas sebab tawaran-tawaran yang dibuat pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bagaimanapun berkata, tidak wajar untuk menganggap PKR sebagai pengkhianat meskipun timbalan presiden ketika itu Mohamad Azmin Ali termasuk ahli Parlimen itu melompat parti melalui Langkah Sheraton.

Selain itu katanya, parti Pejuang, Warisan dan Muda juga tidak wajar diberi gelaran sama atas sebab pengkhianatan Muhyiddin Yassin dan Bersatu.

“Tidak wajar kita menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat.

Lim Guan Eng berkata, beliau menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terpedaya lagi.

“Kalau dekat Parlimen, sembang-sembang tak apalah, tetapi untuk bincang isu kerjasama, tak ada. Saya pun tak akan terima, tutup pintu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah apabila Bersatu keluar dan menarik sokongan terhadap gabungan itu susulan Langkah Sheraton yang turut mendapat sokongan PAS dan Umno.

Baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal mendedahkan bahawa Muhyiddin berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri ke-10.

Mengulas lanjut, Lim berkata, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

“Satu ketika dia cakap kita nak buat sesuatu tetapi kerana DAP ada (dalam Pakatan Rak­yat), tak boleh buat. Tapi sekarang DAP tak ada (dalam PN), dia pun tak buat.

“Contohnya, cabutan khas (nombor ekor). Kita (PH) kurangkan daripada 22 kepada lapan, (sekarang) tambah balik kepada 22. Ada defisit (kekurangan) kepercayaan yang agak tinggilah. Jadi sukar untuk kerjasama de­ngan PAS sekarang,” katanya.

DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker