Lelaki Ukraine berpakaian wanita elak kerahan tenaga

Lelaki Ukraine berpakaian wanita elak kerahan tenaga

Perkhidmatan Pengawal Sempadan Ukraine membuat penemuan mengejutkan di sebuah persimpangan di bandar Moldova apabila mereka menahan seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita dalam percubaan untuk melarikan diri dari negara itu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Mereka memberhentikan sebuah teksi kelmarin dan menemui seorang penumpang bersuara seperti lelaki tetapi memakai pakaian wanita.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Pengawal Sempadan di laman Twitter, penumpang berusia 26 tahun itu membawa sijil kerahan tentera ketika cuba memasuki Moldova. Ia menimbulkan curiga anggota-anggota pasukan keselamatan berkenaan.

Di bawah undang-undang tentera yang dikuatkuasakan pada masa ini di Ukraine, semua lelaki berusia 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara itu. Mereka sebaliknya perlu menyertai pasukan tentera untuk memerangi Rusia.

Video kejadian menunjukkan lelaki tinggi lampai yang memakai topi kulit itu keluar dari kereta dan disoal oleh pengawal sempadan di tepi jalan.

Mereka menggeledah but kereta lalu menemui beg pakaian dan bagasi untuk perjalanan jauh. Soal siasat berlaku untuk tempoh yang lama, dengan lelaki yang menyamar itu seolah-olah memberi sedikit penjelasan.

Suspek seterusnya dilihat menandatangani beberapa dokumen. Tidak dijelaskan apa yang berlaku kepada lelaki itu selepas kejadian tetapi diandaikan bahawa dia tidak berjaya sampai ke Moldova.

Mariupol yang terletak tidak jauh dari Moldova telah dikepung tentera Rusia selama berminggu-minggu, menjadikan bandar pelabuhan itu lengang dengan ramai orang awam meninggal dunia akibat serangan atau mengalami kelaparan.

Beberapa laporan mendakwa bahawa Mariupol akan jatuh ke tangan tentera Rusia dalam masa terdekat selepas pertempuran sengit yang menyaksikan pasukan marin Ukraine menyerah kalah. K Online

Lelaki Ukraine berpakaian wanita elak kerahan tenaga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker