Shafee tawar khidmat guaman percuma kepada Sam

Shafee tawar khidmat guaman percuma kepada Sam

Peguam Muhammad Shafee Abdullah menawarkan diri untuk mewakili Sam Ke Ting dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan.

Shafee – yang dikenali kerana mewakili bekas perdana menteri Najib Razak – turut menawarkan perkhidmatannya secara percuma.



“Saya menawarkan diri untuk membantu wanita ini secara pro bono kerana saya merasakan dia perlu dibela.

“Saya juga merasakan rayuannya ke Mahkamah Rayuan perlu didengar dengan segera,” katanya dipetik The Star.

Sam, 27, ialah pemandu dalam kemalangan jalan raya pada 2017 di Johor apabila keretanya merempuh sekumpulan remaja berbasikal lajak dan menyebabkan kematian lapan orang.

Dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, tetapi keputusan ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada hari Rabu.



Dia juga dinafikan ikat jamin dan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu kebenaran untuk rayuan.

Pengkritik menyoal keputusan untuk menafikan ikat jamin, membuat perbandingan dengan anak guam Shafee, Najib yang masih bebas walaupun telah disabitkan oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan berhubung kes SRC International.

Shafee melahirkan harapan supaya Sam juga akan diberikan jaminan.

“Jika ikat jamin diberikan, dia mempunyai prospek yang lebih baik untuk menyediakan rayuannya bersama peguamnya,” katanya.



Peguam itu juga dipetik berkata bahawa dia berharap untuk menyampaikan mesej mengenai keadilan tanpa kaitan dengan kaum atau agama Sam dan lapan remaja yang meninggal dunia itu.

Selain Shafee, MCA dan DAP juga menawarkan bantuan guaman kepada Sam. Mk

Shafee tawar khidmat guaman percuma kepada Sam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker