Persatuan Bolasepak Kedah sahkan CEO ditahan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Che Haron

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Che Haron ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM6 juta.

Naib Presiden KFA, Muhamad Radhi Mat Din, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selewat-lewatnya esok, bagi membincangkan perkara berkenaan secara teliti dan terperinci.

Muhamad Radhi yang juga EXCO Belia dan Sukan negeri berkata, Zulkifli dianggap sebagai individu paling kuat bekerja di dalam KFA dan bertanggung jawab membantu menyelesaikan masalah hutang yang membelenggu persatuan itu sebelum ini.

“Setakat ini, kita masih tak dapat maklumat tepat (mengenai penahanan Zulkifli) dan secara peribadi saya sendiri tak tau lebih lanjut mengenai perkara ini.

“Saya juga amat terkejut apabila ia membabitkan orang yang paling kuat bekerja dalam KFA, tapi kita tak tahu apa di sebalik itu dan kita kena tunggu dahulu laporan berkaitannya

“Disebabkan itu kita perlu bagi masa untuk proses berkaitan (siasatan) berjalan dan lihat pertuduhan itu datang dari mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri di Kompleks Belia dan Sukan Kedah di sini, hari ini.

Muhamad Radhi berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan mengenai kejadian itu, sebelum maklumat lengkap mengenainya diterima.

“Di peringkat KFA sendiri kita akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat ini kemungkinan hari ini atau esok, sebab KFA juga mahu selami perkara ini kerana kita sendiri tak tahu punca di mana.

“Yang kita pasti pihak yang dituduh itu selama ini berperanan membantu membayar hutang (KFA) dan kita mahu dapatkan maklumat lebih lanjut,” katanya.

Zulkifli mula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KFA pada 2020 lalu, selain beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha KFA pada 2008 hingga 2013.

Semalam, SPRM menahan reman Zulkifli dan tiga individu termasuk dua perunding berusia antara 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker