Sengaja cederakan diri dalam kemalangan, lelaki Myanmar ditahan

Sengaja cederakan diri dalam kemalangan, lelaki Myanmar ditahan

Polis menahan seorang warga Myanmar yang dipercayai sengaja mencederakan dirinya dalam satu kemalangan di sekitar Klang minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan pada 7 April lalu mengatakan semasa sampai di sebuah jalan, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan tiba-tiba berlari ke arah keretanya dan melompat ke arah cermin hadapan.



Katanya, pengadu kemudian memaklumkan pejalan kaki yang melanggar keretanya itu bahawa kenderaannya dipasang rakaman kamera papan pemuka dan dia terus beredar dari lokasi kemalangan dengan mengalami kecederaan ringan.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, polis menahan lelaki berumur 25 tahun itu di Jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi dan kini dia direman untuk siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri serta orang lain,” katanya menurut laporan Bernama.

Kejadian itu tular menerusi satu video 45 saat yang dimuat naik ke Facebook semalam. FMT



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Sengaja cederakan diri dalam kemalangan, lelaki Myanmar ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker