Kes Covid-19 Thailand dijangka meningkat selepas pesta Songkran

BANGKOK – Seorang pakar perubatan memberi amaran bahawa kes Covid-19 di Thailand selepas perayaan Songkran berkemungkinan meningkat dua atau tiga kali ganda seperti pada tahun lepas, disebabkan banyak pesta diadakan di tempat-tempat hiburan, lapor akhbar Nation Thailand.

Profesor Madya Thira Woratanarat daripada Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn menulis catatannya di laman Facebook. Beliau merujuk laporan media yang memaparkan banyak restoran yang dijadikan tempat hiburan gagal mengikuti langkah-langkah keselamatan Covid-19 apabila pengunjung berpesta, minum arak dan menembak pistol air di tempat yang sesak.

“Anda perlu membuang buku teks (perubatan) anda jika perkara sedemikian tidak membawa kepada penularan. Ia mempunyai semua faktor penyumbang termasuk kesesakan, jarak dekat, pengudaraan yang lemah, perkongsian objek dan tempoh masa yang lama,’’ tulis beliau.



Dr. Thira menyatakan, jumlah kes harian Covid-19 telah meningkat dua hingga tiga kali ganda selepas cuti pesta Songkran tahun lepas dan beliau menjangkakan situasi serupa berlaku tahun ini.

“Kesannya tidak terhenti di situ. Jumlah itu akan meningkat sekali lagi sebulan kemudian,” tambahnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Thailand pada Rabu lalu menduduki tempat ketujuh di dunia dan ketiga di Asia untuk bilangan orang dilaporkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri.

Juga pada hari yang sama, kematian akibat Covid-19 di Thailand menduduki tempat ke-9 dunia iaitu 15.4 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan di Asia.



Thira menyalahkan lonjakan kes Covid-19 atas persepsi meluas bahawa varian Omicron yang dominan pada masa ini adalah ringan dan boleh dikawal.

Beliau turut memberi amaran bahawa walaupun selepas sembuh, pesakit Covid-19 mungkin menghadapi risiko kesan kesihatan jangka panjang yang menjejaskan kehidupan seharian mereka. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker