Wanita rasa dirinya dihendap bekas suami tinggal berjiran

Bekas pasangan itu tinggal berjiran kerana membuka kedai di rumah masing-masing. – TikTok

Seorang wanita berasa dirinya diperhatikan pada setiap masa berikutan bekas suaminya tinggal bersebelahan dengan rumahnya, lapor laman berita yoursay.id hari ini.

Kisah tersebut diceritakan menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @nurhayati84846.

“Rumah saya terletak bersebelahan dengan rumah bekas suami,” demikian kapsyen video tersebut sambil memaparkan sebuah rumah kedai di sebelah rumahnya.

Mereka hidup berjiran selama 10 tahun, namun wanita itu berasa seolah-olah selalu diperhatikan meskipun sudah lama bercerai.



Alasan wanita tersebut enggan berpindah adalah kerana dia mengusahakan sebuah kedai runcit di lokasi itu yang dikatakan strategik untuk berniaga.

Videonya mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau rindu boleh berpura-pura minta garam,” komen seorang netizen.

“Kakak boleh menjeling mata bersama bekas suami,” komen netizen lain. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker