Resepi Blueberry Cheesecake Oreo Tanpa Bakar



Sebaran :


Resepi Blueberry Cheesecake Oreo Tanpa Bakar

Masa Penyediaan: 45 minit,
Masa Memasak:35 minit,
Jumlah Hidangan:6 inci /15cm

Blueberry Cheesecake yg disediakan dari fresh blueberry, dessert bertaraf 5 bintang yg menarik rupa dan warna nya, tekstur yang light dan creamy, rasa yang sedap dari cream cheese bila digabungkan dengan fresh blueberry puree …juga tak mudah rasa muak bila makan…Sangat menarik kalau kita hidangkan dessert ni pada tetamu.
Resepi asal dari COOKING Tree, https://youtu.be/VGQFEiyMe-M tapi resepi ini dah olah ikut sukatan dan citarasa sendiri.



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk blueberry puree:

200g blueberry segar
70g/5 sudu besar gula kastor
3/4 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)
35g mentega



Bahan-bahan untuk lapisan cheese:

250g krim keju
50g/3 1/2 sudu besar gula kastor
inti gula dari biskut oreo
biscuits 2 sudu besar yoghurt perisa asli
gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)
150ml krim putar tenusu
1/3 cawan puree blueberry puree

Bahan-bahan untuk lapisan ungu:



1/2 cawan puree blueberry
60ml krim putar tenusu
gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan bawah:



Asingkan inti gula dan biskut.
Hancurkan biskut oreo sehingga halus (inti gula boleh simpan dulu).

Cairkan butter.

Tuang butter dalam serbuk oreo dan gaul sekata.



Tuang serbuk oreo dalam loyang (removable bottom) dan ratakan supaya padat.

Masukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk blueberry puree:



Perah jus lemon.

Masukkan blueberry fresh, gula kastor dan lemon kedalam kuali dan masak sehingga kesemua bahan hancur dan pekat sikit.

Kemudian kisar halus.



Bancuh gelatin dengan air panas.

Cara-cara untuk lapisan cheese:

Kacau sekata creamcheese, gula kastor, inti oreo, plain yogurt, jus lemon dan gelatin.

Pukul whipping cream.

Campur whipping cream dengan adunan cheese dan kacau sekata.

Keluarkan loyang dan tuangkan separuh adunan.

Letakan blueberry puree atas adunan cheese dan buat corak swirl.

Tuang baki adunan.

Ulang langkah yang sama dengan blueberry puree, corakkan dengan bentuk swirl kemudian boleh sejukkan 10 hingga 15 minit.

Cara-cara untuk lapisan atas blueberry:

Kacau sekata blueberry puree, whipping cream (x perlu putar) dan gelatine.

Tuang adunan keatas permukaan kek tadi.

Tutup dengan plastic clean wrap.

Sejukkan 4/5 jam sebelum dipotong.

Tips:

Dairy whipping cream kena guna yang baru keluar dari peti sejuk, kalau tidak whipping cream akan jadi cair dan tak kental bila dipukul.

Resepi Che Nom

Resepi Kek Sarang Semut yang Legend


Sebaran :


Leave a Reply