Menempah Bala! 18.9 juta rakyat tetap mahu balik kampung sambut Aidilfitri walaupun ada larangan



Sebaran :

Sebagai ketua negara, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakui beliau sangat khuatir kerana sebilangan rakyatnya tetap nekad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang akan diraikan pada pertengahan bulan depan.

Kekhuatiran itu dinyatakan berikutan budaya balik kampung atau lebih dikenali sebagai ‘mudik lebaran’ akan tetap dilakukan sekalipun kerajaan sudah mengeluarkan kenyataan tradisi itu tidak dibenarkan sempena lebaran tahun ini.

“Saya betul-betul masih khuatir mengenai mudik di Hari Raya Aidifitri akan datang,” kata Jokowi ketika menyampaikan arahan kepada semua ketua daerah Indonesia seperti yang ditayangkan di saluran YouTube Sekretariat Presiden pada Khamis.



Berdasarkan kaji selidik yang dibuat Kementerian Perhubungan, terdapat 18.9 juta orang yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Syawal sekalipun larangan sudah dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia.

Sebelum perintah larangan ‘mudik lebaran’ dibuat, dianggarkan 89 juta atau 33 peratus daripada populasi Indonesia berhajat pulang ke kampung halaman.

Sejurus larangan perjalanan rentas negeri dan daerah dikeluarkan, peratusan mereka yang ingin pulang ke kampung turun kepada 11 peratus atau 29 juta orang tetap mahu berbuat demikian.



Bagaimanapun, angka itu kini turun kepada tujuh peratus.

Dr M’s Legacy? He’s Reaping What He Has Sowed For Decades

“Tetapi angkanya juga masih besar… hati-hati 18.9 juta orang yang masih akan mudik,” kata Jokowi.

Jokowi dalam masa sama menggesa semua ketua daerah agar lebih berhati-hati dalam menguruskan proses tradisi balik kampung itu memandangkan pada sambutan Aidilfitri tahun lalu kes COVID-19 di Indonesia meningkat 93 peratus walaupun larangan balik kampung sudah dibuat.



“Jadi sekali lagi hati-hati dengan mudik lebaran, hati-hati kendalikan dan pengaturan mudik itu sangat penting sekali,” tegas Jokowi lagi.

Pemerintah menetapkan larangan balik kampung berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei ini bagi seluruh masyarakat Indonesia.

Bahkan Presiden Indonesia itu sendiri tidak akan menyambut lebaran di kampung halamannya di Solo, Jawa Tengah



Kerajaan Sarawak Tegas Enggan Terima Vaksin AstraZeneca


Sebaran :


Leave a Reply