Lazada Malaysia, UiTM anjur Lazada4Youth

Lazada Malaysia, UiTM anjur Lazada4Youth

Lazada Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di majlis pelancaran Lazada4Youth, satu inisiatif yang dirangka khas untuk merangsang keusahawan digital dan daya inovasi di kalangan belia di Malaysia.

Lazada4Youth menampilkan beberapa siri bengkel untuk usahawan digital muda, dengan peluang untuk menyertai Lazada sebagai penjual baharu atau ahli sekutu gabungan pemasaran digital.

Bengkel yang pertama berlangsung pada hari sama dengan majlis pelancaran, dan dikendalikan oleh Jurulatih Bertauliah Lazada bersama beberapa pakar Lazada dari bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pertumbuhan Pengguna.

Seramai 400 pelajar UiTM menyertai bengkel berkenaan secara bersemuka, manakala lebih dari 3,500 pelajar turut menyertai bengkel pertama itu secara dalam talian menerusi saluran YouTube rasmi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Sesi memfokuskan kepada perkongsian industri e-dagang, penjenamaan digital, kehadiran digital, pemasaran sekutu gabungan dan aruhan peniaga.

Seramai 15 usahawan tempatan turut memaparkan perniagaan mereka sebagai sebahagian daripada pameran di acara itu.

Berucap di majlis itu, Ketua Pegawai Kewangan, Lazada Malaysia, Cheang Kiat Cheong berkata, pembabitan aktif dan keterangkuman belia dalam sektor ekonomi digital negara memainkan peranan amat penting untuk merangsang pertumbuhan mampan bagi mewujudkan generasi e-dagang akan datang.

“Lazada4Youth dibentuk demi memperkasakan dan menggalakkan usahawan muda agar mereka mampu mencari jalan dan peluang baharu untuk berdikari membina perniagaan mereka dalam skop yang lebih inklusif, dengan daya saing yang teguh, di samping mencorakkan pertumbuhan ekonomi digital negara,” katanya.

Apabila selesai bengkel Lazada4Youth, pelajar yang bersedia dan mampu menjual produk mereka secara dalam talian boleh menyertai Lazada sebagai penjual di bawah ‘Hari-Harimau New Seller Kickstarter Package 2022’, satu pakej rangsangan untuk peniaga tempatan dengan manfaat seperti bayaran komisen sifar, dan insentif lain termasuk pengecualian yuran pembayaran dua peratus, serta kredit iklan percuma bernilai RM150.

Pakar yang berdedikasi juga membantu membimbing usahawan digital yang baharu menyertai Lazada, demi memastikan proses induksi yang mantap, terutamanya dalam tempoh tiga bulan pertama.

Sebagai alternatif, pelajar yang menyertai program Lazada4Youth juga boleh memilih untuk berkecimpung dalam Program Pemasaran Gabungan yang membolehkan mereka memperolehi pendapatan sampingan dengan mengoptimumkan media sosial mereka.

Pada masa hadapan, Lazada4Youth akan terus dibangunkan dan sesi bengkel akan digerakkan di seluruh negara dengan mendekati pelajar di kampus UiTM yang lain di Wilayah Selatan dan Utara, serta Sabah dan Sarawak, diikuti dengan kolaborasi bersama universiti tempatan lain. HM

Lazada Malaysia, UiTM anjur Lazada4Youth


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker