Akibat mercun bola, putus 3 jari, gegendang telinga pecah

Akibat mercun bola, putus 3 jari, gegendang telinga pecah

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun putus tiga jari tangan kanan, selepas terkena mercun bola di Kampung Lembah Beris Kubur Besar, Tawang, Bachok, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang bermain mercun bola di belakang rumahnya tidak sempat membaling mercun tersebut menyebabkan ia meletup di tangan kanannya.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Beris Kubur Besar di Tawang pada 4.45 petang semalam oleh keluarganya untuk menerima rawatan awal kerana tahap kecederaan mangsa serius di bahagian tangan kanan akibat bahan letupan itu, selain terdapat kesan luka di leher akibat percikan bahan bakar yang berada di tahap satu.

“Keadaan mangsa ketika ini stabil selepas menjalani pembedahan membuang ibu jari, jari telunjuk dan tengah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kota Bharu, manakala gegendang telinga mangsa juga pecah dan dirujuk pakar di hospital berkenaan,” katanya.

Susulan kejadian itu, Ismail berkata, satu pasukan pemantau melibatkan dua pegawai dan lapan anggota ditubuhkan untuk membuat pemantauan bagi mengesan aktiviti bermain mercun di sekitar jajahan Bachok.

“Saya ingin beri amaran kepada masyarakat supaya sentiasa cakna dan menjaga keselamatan diri supaya tidak sesekali bermain mercun yang boleh mengundang bahaya kepada diri dan orang di sekeliling.” FMT

Akibat mercun bola, putus 3 jari, gegendang telinga pecah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker