Bapa ditahan bantu siasatan liwat anak kandung berusia 4 tahun

Bapa ditahan bantu siasatan liwat anak kandung berusia 4 tahun

Kangar: Polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun di sebuah rumah di Arau semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan tengah malam semalam, selepas polis mendapat maklumat mengenai kejadian daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah suspek.



“Terdahulu, nenek mangsa yang melihat cucunya sedang bermain di halaman rumah memanggil mangsa untuk ke kediamannya selepas melihat keadaan cucunya itu yang muram serta serba tidak kena.

“Mangsa kemudian mengadu kepada neneknya bahawa dia berasa sakit di bahagian ‘belakang’. Curiga dengan keadaan itu, neneknya meminta mangsa menceritakan apa yang berlaku.

“Kanak-kanak itu memberitahu neneknya perlakuan bapanya ketika mereka berdua saja di rumah,” katanya dihubungi hari ini.

Nenek mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis.



Menurut beliau, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik yang mana kakak dan abangnya berusia 10 serta enam tahun.

“Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai tahun lalu kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap.

“Siasatan awal mendapati, rumah nenek mangsa dan kediaman suspek yang juga menantunya itu terletak bersebelahan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, namun disebabkan sikap suspek yang dikatakan panas baran serta malas bekerja menyebabkan nenek mangsa dan suspek tidak bertegur sapa.



Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati, lelaki terbabit turut mempunyai rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. HM

Bapa ditahan bantu siasatan liwat anak kandung berusia 4 tahun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker