Warga Pakistan maut dihempap pokok akibat ribut

Warga Pakistan maut dihempap pokok akibat ribut

Warga Pakistan maut dihempap pokok akibat ribut
Lelaki warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang akibat ribut di Kampung Penat, Mukah, malam tadi. – Foto BOMBA

KUCHING: Lelaki warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Ishaq, 43, menunggang motosikal di Jalan Besar, Kampung Penat di Mukah.

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.04 malam.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah diarah ke lokasi yang terletak 13 kilometer dari balai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 9.47 malam dan mayatnya diserahkan kepada polis,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Sementara itu dalam kejadian kedua di Kanowit, seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok di Rumah Panjang Inyang, Batu 8, Sungai Ranan.

Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.03 malam dan sepasukan anggota dari BBP Kanowit diarah ke lokasi yang terletak kira-kira 8 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi didapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah pikap jenis Toyota Hilux.

“Terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terperangkap di dalam kenderaan itu.

“Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum kehadiran bomba,” katanya.

Lelaki warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker