Kereta kebal Israel jadi sasaran pejuang Palestin di Gaza

Kereta kebal Israel jadi sasaran pejuang Palestin di Gaza

Anggota pasukan Briged al-Qassam, berkata pihaknya menyasarkan dua kereta kebal Merkava menggunakan peluru Al-Yassin 105 di kawasan Mahatta dan Katiba di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

Kumpulan itu juga mendakwa berjaya meletupkan alat ‘anti-personel’ yang ditujukan kepada pasukan Israel di dalam sebuah bangunan di al-Mughraqa, di tengah Semenanjung Gaza.

Di Nuseirat, Briged al-Qassam berkata, pejuangnya meletupkan alat ledakan berkuasa tinggi dengan menyasarkan pasukan Israel di sebuah rumah dan berjaya membunuh serta mencederakan anggota pasukan tentera tentera.

Di kem pelarian al-Bureij, pejuang juga menyasarkan perhimpunan kenderaan dan tentera Israel dengan peluru mortar berkaliber berat.

Sementara itu, Briged al-Quds, sayap bersenjata kumpulan Jihad Islam berkata, pihaknya menyasarkan dua kenderaan tentera pendudukan Israel dengan peluru pelancar roket grenad (RPG) di timur al-Bureij.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 22,185 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala 57,035 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Serangan Israel memusnahkan Gaza, dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, dan hampir dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang meruncing. BH

Kereta kebal Israel jadi sasaran pejuang Palestin di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker