25 pekerja melecur berjalan di atas bara penangan ‘team building’

BERPULUH-PULUH pekerja sebuah syarikat Switzerland, Goldbach cedera ketika menyertai latihan bina pasukan. – AFP

BERN, Switzerland – Sekurang-kurangnya 25 pekerja sebuah syarikat di utara Switzerland dimasukkan ke hospital akibat cedera selepas berjalan di atas arang panas semasa menyertai latihan bina semangat berpasukan atau team building, lapor portal berita MailOnline.

Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kes kecederaan itu melibatkan acara tertutup di Semenanjung Au dekat Tasik Zurich pada petang Selasa lalu, kata polis Zurich dalam satu kenyataan.

Setelah sisatan dijalankan, polis mendapati acara itu diadakan oleh syarikat Goldbach sebagai latihan bina semangat berpasukan. Seramai 13 orang dilaporkan mengalami melecur teruk.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa pasukan kecemasan bersama 10 ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.



Perkhidmatan kecemasan dihubungi selepas beberapa anggota kumpulan itu mengadu rasa sakit yang teruk pada kaki mereka selepas berjalan di atas arang panas.

Aktiviti berjalan merentasi arang panas atau firewalking semakin kerap diamalkan dalam kursus motivasi dan acara berkumpulan untuk memupuk semangat kebersamaan dan mengatasi kekangan mental.

Antaranya yang terkenal dengan aktiviti sedemikian termasuk penceramah motivasi, Tony Robbins yang menggalakkan pengikutnya berjalan di atas bara sebagai salah satu ekspresi untuk melawan ketakutan.

Walaupun arang yang digunakan dalam aktiviti tersebut bersuhu sekitar 500 darjah Celsius, bahan tersebut merupakan pengalir haba yang lemah dan ia mengambil masa lebih lama untuk memindahkan kepanasan kepada kulit. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker