MP Tukar Parti Harus Letak Jawatan Dan Perlu Dapat Mandat Baharu – Pakar Undang-Undang
MP Tukar Parti Harus Letak Jawatan Dan Perlu Dapat Mandat Baharu – Pakar Undang-Undang
Mana-Mana Ahli Parlimen (MP) yang menukar parti hendaklah meletak jawatan dan kembali kepada rakyat dalam pilihan raya kecil untuk mendapatkan mandat baharu, kata pakar undang-undang Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya itu berkata pada pandangan peribadinya, ia adalah cadangan yang akan diutarakan beliau jika Ahli Parlimen melompat ke parti lain.
“Jadi kita memerlukan pindaan Perlembagaan kepada Perkara 48, Fasal 6 serta Perkara 10,” katanya dalam program The Nation bertajuk Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disiarkan oleh Bernama TV pada Ahad.
Menurut Shad Saleem, isu lompat parti bukanlah perkara baharu di negara ini kerana perbuatan berpaling tadah telah menyebabkan kejatuhan kerajaan antaranya di Terengganu seawal tahun 1962, Sarawak (1966), Kelantan (1977) dan Kerajaan Persekutuan dua tahun lepas sehingga menyebabkan ketidakstabilan yang kronik kepada negara.
Beliau berkata berkata terdapat kira-kira 41 daripada 193 negara yang mempunyai undang-undang antipembelotan antaranya India, Singapura serta Israel dan di Malaysia, negeri Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang yang telah cuba bereksperimen dengan undang-undang itu.
“Saya telah membaca dengan agak bimbang satu cadangan yang amat ekstrem di Malaysia bahawa menukar kem setengah jalan perlu dijadikan kesalahan pilihan raya di bawah Perkara 48 dan kerusi perlu dikosongkan serta hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun.
“Saya tidak fikir kita perlu membawa undang-undang jenayah ke dalam isu ini,” katanya.
Alternatif kedua pula ialah jika seorang MP keluar parti, mengundi menentang parti atau menentang parti dalam isu penting, maka parti boleh memaklumkan Speaker bahawa MP itu bukan lagi ahli parti tersebut.
Shad Saleem juga berkata ini bermakna cadangan sedemikian adalah bertujuan mengukuhkan perpaduan parti yang kemudian menjadi hasrat Perlembagaan namun kelemahannya ialah ia akan memberikan kepimpinan parti terlalu banyak kuasa yang menyebabkan mana-mana ahli parti tidak dapat bersuara atau mencabar pemimpin parti.
“Masalahnya ialah jika parti tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap seorang MP, maka saya dimaklumkan oleh sesetengah pihak bahawa apa yang MP itu boleh lakukan ialah kekal bersama parti secara rasmi namun teruskan mengundi menentangnya sehingga mungkin menyebabkan parti itu tewas atas undi percaya.
“Malangnya, tidak akan ada penyelesaian yang sempurna, seperti dalam kehidupan, jadi dalam isu undang-undang, kita perlu mengambil jalan tengah dan mencapai keputusan yang paling kurang merugikan,” katanya.
Satu sidang khas Parlimen untuk membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok yang membabitkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan akta baharu bagi melarang MP menukar parti digubal.
Bagaimanapun, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan Anti Lompat Parti, yang dijadual dibentang, dibahas dan diluluskan pada sidang khas itu telah ditangguhkan kepada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.-AA
MP Tukar Parti Harus Letak Jawatan Dan Perlu Dapat Mandat Baharu – Pakar Undang-Undang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
- GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
- Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
- Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
- Ceti Haram Salah Alamat
- Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
- Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
- Nelayan Rusia temui anak naga
- Zamani Slam goyang jadi juri
- Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
- Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
- Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
You must be logged in to post a comment.