Gagal Urus Lawatan PM Ke Dubai: Diplomat Malaysia Ke UAE Dipanggil Pulang – KLN

Gagal Urus Lawatan PM Ke Dubai: Diplomat Malaysia Ke UAE Dipanggil Pulang – KLN

Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang atas kegagalan menyelaras urusan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Tindakan sedemikian diambil kerana kedua-dua ketua perwakilan tersebut telah gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan PM sepatutnya berdasarkan Prosedur Operasi Tetap (SOP) bagi lawatan peringkat tinggi negara di luar negeri, terutamanya semasa ketibaan di Dubai, kata Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

“Kegagalan ini termasuk Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.

“Selain itu, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk YAB Perdana Menteri seperti amalan SOP biasa juga tidak ada,” menurut kenyataan itu.

Tegas Wisma Putra, tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai tersebut bukan sesuatu yang luar biasa dan “dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”.

“Ia diambil bagi menjaga kepentingan hubungan bilateral di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan, di samping bagi memastikan kompetensi dan kepentingan perkhidmatan awam.”

Tambah kenyataan tersebut, kedua-dua pegawai tersebut juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya tentang penganjuran Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia (WGS) yang diadakan di dalam Kawasan Ekspo Dubai.

“Sekiranya pimpinan tertinggi KLN telah dimaklumkan awal tentang penganjuran WGS, pastinya usaha telah dibuat supaya Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program tersebut.”

Jelas kementerian itu, masalah tersebut tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal kerana kerajaan UAE telah menyediakan semua kemudahan buat Perdana Menteri sehingga ke akhir lawatan.

“Justeru, semasa majlis perlepasan pulang Perdana Menteri dari Dubai, Kerajaan UAE telah mengaturkan static guards of honour di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, dan Kerajaan UAE diwakili oleh Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital UAE, TYT Omar bin Sultan Al Olama.

“Semasa di lapangan terbang itu, Tuan Omar menyampaikan undangan Kerajaan UAE kepada Perdana Menteri untuk menyampaikan Ucap Utama di WGS tahun 2023, dan Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya menerima undangan tersebut.”

KLN bagaimanapun menjelaskan bahawa lawatan tersebut berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan, termasuk Perdana Menteri menghadiri Majlis Penutup Pavilion Malaysia dan Majlis Apresiasi bagi Pegawai dan Staf Pavilion Malaysia di Ekspo berkenaan.

Ismail Sabri juga menghadiri Majlis Pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat antarabangsa sempena Ekspo 2020 Dubai.

Semasa Majlis Penutup SWG pada 30 Mac, Ismail Sabri turut mengadakan perjumpaan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum.-AA

Gagal Urus Lawatan PM Ke Dubai: Diplomat Malaysia Ke UAE Dipanggil Pulang – KLN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker