Si bulus terperangkap 48 jam atas pokok diselamatkan

Seekor kucing terperangkap dua hari atas sebatang pokok diselamatkan bomba

SUNGAI SIPUT – Seekor kucing yang terperangkap selama dua hari atas pokok di Kampung Tersusun Sungai Buluh di sini berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba.

Panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 8.45 pagi pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota yang tiba lokasi mendapati, terdapat seekor kucing jantan berada di atas sebatang pokok pada ketinggian lebih empat meter.

“Difahamkan kucing itu terperangkap di atas pokok selama dua hari. Anggota menggunakan tangga jentera untuk membawa turun haiwan berkenaan,” katanya.



Haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 9.10 pagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker