Kaki tersepit eskalator, kanak-kanak 3 tahun tahan sakit hampir sejam

Kaki tersepit eskalator, kanak-kanak 3 tahun tahan sakit hampir sejam

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam, apabila kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia tiga tahun itu dikatakan menuruni eskalator dari tingkat dua bersama ibu bapanya, sebelum kaki kanannya tiba-tiba masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.48 tengah hari.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya menurut laporan Bernama.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Nurul berkata, dia terdengar jeritan sebelum melihat kaki seorang kanak-kanak tersepit dalam eskalator itu.

“Keadaan memang panik, nasib baik ada yang segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. Kanak-kanak itu menangis hampir sejam sebelum pihak bomba datang mengeluarkan kakinya yang tersepit,” katanya. FMT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker