Siti Bainun arah saya gigit perut Bella, ajar menipu, kata saksi

Siti Bainun arah saya gigit perut Bella, ajar menipu, kata saksi

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pengasas rumah kebajikan itu Siti Bainun Ahd Razali mengarahkannya menggigit perut Bella, kanak-kanak sindrom down yang disyaki menjadi mangsa dera.

Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19, berkata Siti Bainun berbuat demikian kerana berang Bella tidak mengikut arahannya supaya berdiri di bahagian dobi (laundry) sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

“Ini menyebabkan Siti Bainun geram, jadi dia arah saya ambil picagari berisi air panas, bagi pada Bella. Bella menggelupur, tapi dia (Bella) tak rasa sakit menyebabkan Siti Bainun jadi marah kemudian dia arah saya gigit perut Bella,” katanya menurut laporan Kosmo.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Yasmin menceritakan kembali kejadian di mana Bella ditemui dengan kesan luka pada 24 Jun 2021.

Yasmin berkata, pada hari kejadian Zurianty Sudin iaitu rakan baik Siti Bainun yang juga saksi utama yang sebelum ini dikenali sebagai “mommy” menangis melihat keadaan Bella yang kurus seperti tidak cukup makan.

“Kedatangan ‘mommy’ ke kondominium untuk bertanya khabar begitu juga anak-anak kecil lain. Mommy terkejut apabila melihat Bella dan bertanya kepada kami kenapa Bella boleh jadi begini.

“Kami beri alasan Bella tidak mahu makan dan membuang makanan, tidak mahu mandi, nakal dan tidak mendengar arahan serta bertindak agresif,” katanya.

Menurut saksi itu lagi, Siti Bainun menerusi panggilan telefon telah mengarahkannya mengajar Bella menipu jika ada yang bertanya berkenaan kecederaan kanak-kanak OKU itu.

“Contohnya, kalau ada orang tanya Bella “ada orang pukul tak”, suruh Bella cakap “tak ada”. Kalau ditanya mengenai kecederaan air panas pula, suruh Bella beritahu, dia buat kepada diri sendiri”.

Bagaimanapun, saksi dan dua lagi penghuni tidak sempat berbuat demikian kerana Bella telah dibawa turun ke bawah kondominium untuk menaiki ambulans.

Saksi meluahkan rasa takut selepas keadaan Bella diketahui ‘mommy’ (saksi pertama), namun lebih takut sekiranya Siti Bainun mengetahui mereka memecahkan rahsia berkenaan kecederaan Bella.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Rabu depan. FMT

Siti Bainun arah saya gigit perut Bella, ajar menipu, kata saksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker