Kanak-kanak di Britain dijangkiti penyakit radang hati misteri

LONDON – Ibu bapa di Britain digesa supaya sentiasa berwaspada terhadap tanda  awal penyakit hepatitis berikutan sejumlah kes misteri yang dikesan dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Sehingga kini, pakar-pakar kesihatan masih keliru punca yang menyebabkan berpuluh-puluh kanak-kanak diserang penyakit radang hati.

Sebanyak 60 kes  dilaporkan di England melibatkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun yang masih disiasat.



Penyakit Hepatitis A hingga E dan  lima jenis jangkitan virus biasa yang menyebabkan penyakit itu tidak dikesan dalam mana-mana kes.

Pengarah Jangkitan Klinikal dan Baharu Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA),Dr Meera Chand berkata, siasatan bagi mengesan punca berpotensi sedang dijalankan termasuk kemungkinan kaitan wabak itu dengan penyakit berjangkit.

Wabak Covid-19 juga sedang dipertimbangkan sebagai salah satu punca.

Namun, tiada bukti menunjukkan vaksin Covid-19 dikaitkan dengan mana-mana kes dan kebanyakan kanak-kanak yang terjejas terlalu muda untuk menerima suntikan vaksin.



“Ibu bapa diingatkan untuk peka dengan simptom jaundis atau demam kuning termasuk perubahan kulit menjadi kekuningan  atau paling mudah dilihat pada bahagian putih mata.

“Segera hubungi doktor atau hospital berdekatan jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan,” ujar Chand.

UKHSA bagaimanapun enggan memberikan butiran di mana kes tersebut dikesan.

Hepatitis selalunya tidak mempunyai simptom yang ketara tetapi ia boleh termasuk air kencing gelap, najis berwarna kelabu pucat, kulit gatal dan mata serta kulit kekuningan.



Orang yang dijangkiti juga boleh mengalami sakit otot dan sendi, suhu yang tinggi dan keletihan luar biasa sepanjang masa. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker