Sufian Suhaimi Berdepan Masalah Peribadi, Lalui Fasa Mental Breakdown “Mimpi Yang Pelik-Pelik”

Sufian Suhaimi Berdepan Masalah Peribadi, Lalui Fasa Mental Breakdown “Mimpi Yang Pelik-Pelik”

MELALUI waktu sukar sehingga selalu mengalami mimpi pelik, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui sedang berdepan masalah peribadi.

Enggan berkongsi lanjut, Sufian, 30, bagaimanapun berharap agar semua masalah yang dihadapinya kini dapat diselesaikan dengan baik.

“Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan ada masanya rasa seperti mental breakdown.

“Tidak apa yang serius, Cuma masalah kecil yang perlu saya hadapi sendiri. Saya harapkan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, penyanyi lagu Di Matamu ini berkongsi di Instastory tentang perasaannya yang sunyi dan ingin berehat sebentar.

“Rehat sekejap, reheat dari dunia. Lately rasa berat je hati. Selalu mimpi pelik. Rasa sibuk tapi sunyi.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku, terlalu banyak jangkaan yang perlu dipenuhi. Tapi rasa macam tak ada yang genuinely nak dengar.

End up cerita dekat Dia je” tulisnya.

Sementara itu, bercerita tentang kolaborasi bersama kumpulan Inteam menyanyikan semula lagu Damba Kasih, kata Sufian ini adalah peluang terbaik untuk anak-anak muda mengenali lagu nasyid yang pernah popular sebelum ini

Kata Sufian, dia tidak menyangka gurauan ketika bertemu Inteam di salah sebuah program televisyen membuahkan kerjasama yang baik.

“Saya berjumpa Inteam di belakang pentas dalam sebuah program dan ketika itu hanya bergurau untuk sama-sama berkolaborasi. Tak sangka pula ia menjadi kenyataan.

“Menerusi nyanyian semula ini, ia dapat memberi pendedahan kepada golongan muda tentang lagu-lagu nasyid popular yang mungkin mereka tidak tahu sebelum ini,”jelasnya.

Bercakap tentang sambutan Ramadan tahun ini, Sufian berharap dia dapat menyempurkan tadarus sekaligus khatam alQuran.

“Tahun lepas ada niat nak khatam al-Quran tetapi tidak kesampaian. Saya harap kali ini akan berjaya.

“Bulan puasa ini juga saya masih sibuk dengan jadual kerja dan akan bercuti seminggu sebelum sambutan hari raya,” katanya-mSTAR

Sufian Suhaimi Berdepan Masalah Peribadi, Lalui Fasa Mental Breakdown “Mimpi Yang Pelik-Pelik”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker