Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’

Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’

SEORANG penumpang wanita menceritakan pengalamannya menghadapi detik-detik cemas ketika pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dinaiki dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau semalam tiba-tiba ‘menjunam’ hanya dalam beberapa saat.

Menurut Halimah Nasoha yang berkongsi pengalamannya dalam Facebook, dia menaiki pesawat MH2664 tersebut pada pukul 2.30 minit petang dan kejadian itu berlaku selepas 30 minit pesawat berlepas dari KLIA.

Halimah berkata, ketika kejadian dia yang tidak memakai tali pinggang keledar kerana isyarat penggunaan alat keselamatan itu telah dipadamkan berasa seperti terlambung-lambung kerana pesawat secara tiba-tiba ‘terjatuh’ dalam hanya beberapa saat.

“Aku terlambung-lambung sebab tidak pakai ‘seatbelt’ ketika itu”. Dalam 10 minit, ‘flight’ dalam keadaan tidak stabil dan lepas dia naik balik, dia jatuh lagi tetapi tidak teruk macam kali pertama. Penumpang lain juga menjerit dan ada juga menangis semua”

“ Ye lah memang dah rasa akan mati dah” katanya memetik laporan Sabahmedia.com.

Beliau yang berkongsi catatan Flight Radar menunjukkan pesawat Boeing 737-8H6 itu telah mengalami penurunan mendadak dari ketinggian kira-kira 31,000 kaki kepada 24,000 kaki.

Halimah berkata, pesawat itu kemudian membuat pusingan U dan berlegar di ruang udara Melaka beberapa kali sebelum berpatah balik ke KLIA di mana beliau menukar penerbangan.

Bagaimanapun, Halimah yang dihubungi portal berkenaan memuji kecekapan juruterbang yang mengendali pesawat dan krew pesawat berkenaan yang berjaya mengendalikan tempoh cemas itu dengan baik dan berjaya mendaratkan semula pesawat tanpa kejadiaan yang tidak diingini.

“ Tidak semua orang akan mengalami pengalaman langsung seperti ini dan masih hidup untuk berkongsikan cerita ini, dan saya bersyukur kepada allah katanya lagi,” katanya selepas pesawat kembali ke KLIA, semua penumpang telah dibawa ke Tawau dengan penerbangan lain.

Sementara, Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH2664 ke Tawau semalam berpatah balik ke KLIA selepas ia menghadapi “isu teknikal”.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April 2022 telah melakukan penerbangan pusing balik disebabkan oleh masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan,” katanya dalam kenyataan. Utv

Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker