Tak sama, rancangan kamu dah jadi ‘toll-forever’, Najib beritahu PH

Tak sama, rancangan kamu dah jadi ‘toll-forever’, Najib beritahu PH

Najib Razak menyelar tindakan Pakatan Harapan (PH) menuntut kredit atas langkah yang diusahakan kerajaan hari ini berhubung pengambilalihan empat konsesi tol.

Beliau berkata, dasar yang diwujudkan PH pada Oktober 2019 sewaktu memegang tampuk kerajaan berbeza dengan dasar yang dibuat oleh kerajaan hari ini.



“Tak sama PH, anda fikir Malaysians (rakyat Malaysia) mudah lupa? Rancangan kerajaan hari ini ialah untuk mengambil empat lebuh raya ini untuk kekalkan kadar tol tanpa kenaikan sehingga tamatnya tempoh konsesi.

“Rancangan kerajaan PH dahulu pula ialah untuk mengambil empat lebuh raya tersebut. Lepas itu bagi tol percuma pada tengah malam tetapi kenakan ‘caj kesesakan’ pada siang hari dengan kadar tol yang sama,” katanya di Facebook.

Berdasarkan kenyataan PH pada 26 Jun 2019 berhubung isu sama, Najib berkata, PH juga merancang untuk meneruskan kutipan caj kesesakan selepas tamat tempoh konsesi.

“Bermakna janji ‘toll-free’ PH sebenarnya telah menjadi ‘toll-forever’. Kenapa perlu ‘toll-forever’ pula?,” soalnya.



Ujarnya, bayaran tol berterusan itu terjadi kerana harga yang dicadangkan oleh PH untuk membayar empat lebuh raya tersebut adalah sekitar RM6.2 bilion dengan penganalisis menyifatkan ia nilai yang terlampau mahal.

“Iaitu terlampau mahal mengikut penganalisis, pada harga 2.7 kali ganda nilai buku dengan premium sebanyak RM2.82 bilion.

“Kenapa mahu bayar harga premium yang tinggi itu?,” soalnya lagi.

Memetik pandangan penganalisis, Najib berkata, ramai membuat spekulasi bahawa ia memberi manfaat kepada projek kroni DAP kerana pihak penjual lebuh raya didakwa berpakat untuk mendapatkan projek tambakan di selatan Pulau Pinang.



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum itu mengumumkan kadar tol Lebuhraya KESAS, SMART, SPRINT dan LDP tidak dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi.

Susulan pengumuman itu, PH hari ini membuat kenyataan bahawa langkah itu adalah hasil kesinambungan kerajaan PH pada Oktober 2019, apabila Jemaah Menterinya memutuskan untuk memulakan proses ambil alih lebuh raya berkenaan. FMT

Tak sama, rancangan kamu dah jadi ‘toll-forever’, Najib beritahu PH


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker