RUU Anti Lompat Parti: PH memberi jaminan akan sokong

PH memberi jaminan kesemua 90 ahli parlimennya akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Majlis Presiden PH berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi.

“Pimpinan utama PH telah mengadakan satu pertemuan bersama perdana menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.



“Perdana menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada ahli-ahli parlimen.

“Majlis Presiden PH memberi komitmen penuh bahawa kesemua ahli parlimen PH akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Madius Tangau.

Undang-undang anti lompat parti dan had penggal bagi perdana menteri adalah syarat yang ditetapkan dalam memorandum persefahaman (MoU) Ismail Sabri dengan PH.



Undang-undang anti lompat parti sekali lagi diperkatakan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020, yang mengakibatkan pertukaran kerajaan persekutuan dan beberapa pentadbiran negeri.

Pada 24 Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar RUU itu akan dibentang pada Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 April ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York



Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker