Varian Omicron XE Belum Dikesan Di Malaysia – Khairy

Varian Omicron XE Belum Dikesan Di Malaysia – Khairy

“Ada dua benda yang kita tengok dengan varian baru ini, kebolehjangkitan dia dan keseriusan dia, dua perkara.

“Kebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta sebab tu kes melambung naik tapi keseriusan nya lebih sederhana daripada Delta, sebab tu kita punya Unit Rawatan Rapi pun tak penuh lagi macam dulu.

“Maka untuk varian baharu ini, kita kena tengok daripada negara lain sama ada keboleh jangkitan tinggi ataupun dia punya keseriusan dia tinggi, barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sepatutnya,” katanya.



Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Perak di Ipoh pada Selasa. 
 
Menurutnya, kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengubah strategi sekiranya keseriusan varian baru itu tinggi sehingga pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital.

Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19.

Menurut laporan Times of India, WHO menerusi laporan terbarunya berkata varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2.

Mutasi yang baru dikenal pasti itu diramal kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengesahkannya.



Menurut laporan WHO yang diterbitkan awal minggu ini, varian XE ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari lalu dan sejak itu, kurang 600 kes susulan dilaporkan-AA

Varian Omicron XE Belum Dikesan Di Malaysia – Khairy

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker