Mahathir jangan buat tohmahan dalam bulan Ramadan – Najib
Mahathir jangan buat tohmahan dalam bulan Ramadan – Najib
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak melemparkan tohmahan dalam bulan Ramadan ini.
Najib mengulas kenyataan terbaharu Mahathir yang dipaparkan di media sosialnya semalam yang menyentuh mengenai dirinya.
Beberapa media melaporkan, dalam hantaran itu, Mahathir berkata, beliau mungkin akan dipanggil untuk disoal siasat kerana mempertikaikan sistem keadilan berhubung kes Najib.
“Tak elok untuk buat tohmahan palsu dalam bulan Ramadan ini. Semalam, dia tuduh dia dipanggil polis sebab Najib tapi faktanya ialah dia dipanggil atas siasatan berkenaan pendedahan dalam buku Tommy Thomas,” kata Najib ringkas.
Dalam hantarannya, Mahathir berspekulasi dengan mendakwa dia mungkin akan dipanggil untuk disiasat; “Belum jadi. Tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja,” katanya.
Mahathir kemudian menambah, “Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay.”
Bagaimanapun kenyataannya segera dinafikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Abd. Jalil berkata, setakat ini, pihak polis tidak melakukan sebarang siasatan terhadap Mahathir seperti mana yang dilaporkan beberapa portal.
Menurutnya, kali terakhir Mahathir dipanggil adalah pada 23 Mac lalu bagi membantu siasatan kes terbitan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Beliau berkata, rakaman percakapan bekas Perdana Menteri itu diambil sebelum ini hanya sebagai saksi.
“Beliau dirakam percakapan sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku yang dihasilkan bekas Peguam Negara tersebut yang berjudul My Story: Justice in the Wilderness‘,” katanya. MG
Mahathir jangan buat tohmahan dalam bulan Ramadan – Najib
Baca Artikel Menarik:
- Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
- Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
- Resepi daging paprik merecik
- Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
- Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
- Najib tidak beri kelulusan – Saksi
- Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
- Resepi udang masak diraja viral
- Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
- Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
- Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.