Ciri ‘WALI’ perlu diteruskan untuk pilih calon – Fathul Bari

Calon PRU15

Ciri ‘WALI’ perlu diteruskan untuk pilih calon – Fathul Bari

UMNO perlu meneruskan ciri ‘WALI’ dalam pemilihan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan momentum kemenangan parti terus dilakar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata pemilihan calon adalah satu perkara yang sangat penting pada pilihan raya kali ini kerana pengundi akan mula menilai dalam pelbagai sudut terhadap calon yang ditampilkan.



“Pengundi menilai dari sudut muka yang ditampilkan itu sama ada yang dikenali atau mempunyai ciri WALI iaitu boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya.

“Ini adalah ‘point’ penting yang saya rasa Presiden UMNO perlu berikan sebagai satu tanda aras dalam penentuan dan pemilihan calon,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan K3 Karnival Keleboq Kangar 2022 anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI) dengan kerjasama Pejabat Dr Fathul Bari di Taman Muda Sepakat di Behor Lateh di sini.

Fathul Bari berkata, hal itu juga perlu dilihat dari aspek kepentingan parti secara umumnya sebagai kemenangan parti dan bukannya kemenangan individu.



“Nak menang politik, nak menang pilihan raya ini bukan soal kronisme di mana geng aku dan geng kau kerana sikap ini tidak boleh berlaku dalam parti. Maka ia perlu dilihat dari aspek kepentingan parti secara umumnya, kemenangan parti bukan kemenangan individu atau kemenangan kepada dua atau tiga orang sahaja.

“Sebab itu saya berpendapat soal calon ini serah sahaja kepada pemimpin Pusat, memang betul peringkat bahagian dan perhubungan negeri mereka kena buat (pemilihan dan saringan calon) daripada cadangan peringkat bahagian.

“Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO setiap bahagian kena calonkan lima orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima orang bagi setiap Parlimen dan ini perlu dilaksanakan di peringkat bahagian,” katanya.

Beliau berkata, menerusi proses yang lazimnya dilakukan adalah peringkat bahagian akan mencadangkan nama yang sesuai untuk dicalonkan dan kemudian dibawa oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ke peringkat tertinggi.



“Peringkat tertinggi akan putuskan dan mereka melihat dari kaca mata yang luas bukan daripada aspek kroni tertentu, tidak sama sekali.

“Sebaliknya, mereka melihat dari aspek kemenangan parti dan itu yang lebih besar daripada soal kepentingan peribadi dan individu,” katanya. BH

Ciri ‘WALI’ perlu diteruskan untuk pilih calon – Fathul Bari


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker