Tikam belakang, Muhyiddin tidak akan diterima DAP dan Amanah
Tikam belakang, Muhyiddin tidak akan diterima DAP dan Amanah
Parti komponen Pakatan Harapan (PH) menolak sebarang kerjasama dengan Muhyiddin Yassin ekoran pengkhianatan yang dilakukan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan.
Memetik laporan Minggu Malaysia, Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata tiada peluang kedua bagi Presiden Bersatu itu susulan tindakan tikam belakang serta mengkhianati gabungan kerjasama ketika itu, yang menjejaskan kepercayaan terhadap Muhyiddin.
“Pasti tidak akan kerjasama, mana boleh percaya dengan dia lagi? Kita tidak yakin kerana dia janji ‘tidak serupa bikin,” katanya.
Lim turut menafikan akan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dalam tempoh terdekat.
Kelmarin, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Muhyiddin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Mahathir menegaskan beliau tidak bersetuju dengan permintaan itu kerana Muhyiddin menjadi punca beliau tidak menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, Presiden Warisan Shafie Apdal pula mendedahkan, Muhyiddin menghubunginya, dipercayai bagi membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, beliau sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan Muhyiddin.
“Tak ada, saya tidak pernah jumpa. Dan dalam PH, kita belum bincang. Saya sendiri tidak mahu buat keputusan sebab ia mesti melalui gabungan parti, dan bukannya individu,” jelas beliau. FMT
Tikam belakang, Muhyiddin tidak akan diterima DAP dan Amanah
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup
You must be logged in to post a comment.