Bekas Jurugambar Fesyen Terkemuka Dan Peribadi Puteri Diana Meninggal Dunia

Bekas Jurugambar Fesyen Terkemuka Dan Peribadi Puteri Diana Meninggal Dunia

JURUGAMBAR fesyen terkemuka, Patrick Demarchelier meninggal dunia Khamis lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dimuat naik ke akaun Instagram jurugambar kelahiran Perancis itu.

“Dengan penuh rasa sedih kami mengumumkan kematian Patrick Demarchelier pada 31 Mac 2022, pada usia 78 tahun.

“Mendiang meninggalkan isteri, Mia, tiga anak lelaki iaitu Gustaf, Arthur dan Victor serta tiga orang cucu,” kenyataan itu menyebut.

Punca kematiannya tidak didedahkan, namun beberapa laporan mengatakan mendiang berada di St. Barths pada masa kematiannya.

Dilahirkan di Le Havre, Perancis, Demarchelier berpindah ke Paris sebelum memulakan kerjaya fotografinya di Amerika Syarikat tidak lama selepas itu.

Mendiang pernah bekerja dengan ramai selebriti, pelakon dan model terkenal seperti Naomi Campbell, Natalia Vodianova, Kate Winslet, Leonardo DiCaprio, Oprah Winfrey, Beyoncé dan Lupita Nyong’o selama beberapa dekad.

Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989, menjadikannya jurugambar bukan kelahiran British pertama bekerja dengan keluarga diraja.

 

Peminat keluarga diraja menganggap potret Diana antara hasil karya paling ikonik Demarchelier.

Kerjaya yang cemerlang telah memberikannya banyak pengiktirafan termasuk Officier dans l’ordre des Arts et des Lettres, Perancis, pada tahun 2007.-Daily Mail

Bekas Jurugambar Fesyen Terkemuka Dan Peribadi Puteri Diana Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker