Tembak tayar kereta cuba rempuh polis

Tembak tayar kereta cuba rempuh polis

Polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta selepas pemandunya yang juga warga asing cuba merempuh anggota dalam kejadian di Kota Damansara, semalam.

Insiden pada 5.30 petang itu dirakam orang ramai dan tular di media sosial sejak malam tadi.



Video berdurasi seminit 14 saat itu memaparkan sebuah kereta peronda mengejar sebuah kereta di kawasan perumahan sehingga pemandunya berjaya ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata kejadian berlaku ketika polis mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dipandu suspek berusia 40 tahun.

Katanya, suspek bertindak memecut kenderaan dan anggota bertugas melepaskan tembakan kerana lelaki itu cuba melanggar mereka.

“Polis berjaya menahan suspek di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam dengan bantuan unit rondaan bermotosikal,” katanya dalam kenyataan.



Ku Mashariman berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan Seksyen 188 kanun sama.

“Polis turut menyiasat suspek mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri dan perjalanan sah,” katanya. FMT

Tembak tayar kereta cuba rempuh polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker