Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi

Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi

Hasrat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sekali lagi lebih kepada kepentingan peribadi, bukan untuk rakyat dan negara, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri menyifatkan Muhyiddin sebagai terdesak kerana mahu menyelamatkan projek beliau yang mungkin dibatalkan oleh kerajaan sedia ada.



Malah, Nazri menganggap Muhyiddin sebagai individu yang tidak mempunyai maruah kerana sanggup meminta sokongan daripada individu yang pernah dikhianatinya sebelum ini.

Nazri mengakui sangat terkejut apabila mendapat tahu Muhyiddin sanggup berjumpa Dr Mahathir Mohamad dan meminta sokongan untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

“Muhyiddin ini terbukti muka tebal sebab sanggup pergi minta sokongan daripada Mahathir yang pernah beliau khianati sebelum ini untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Pada saya perbuatan Muhyiddin ini adalah sangat tidak normal kerana bagi manusia biasa yang mempunyai maruah dan integriti adalah sukar untuk melakukan perkara ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.



Nazri juga menjangkakan hasrat Muhyiddin untuk kembali menjadi Perdana Menteri akan gagal kerana tindakan itu dibuat atas kepentingan peribadi bukan demi rakyat.

“Kalau Muhyiddin dan parti pembangkang lain bergabung dan mahu mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka rasa lebih bagus mungkin akan dimakbulkan Tuhan.

“Tetapi kalau nak jatuhkan Umno yang merupakan parti keramat atas sebab kepentingan peribadi, kerana nak selamatkan projek seperti Digital Nasional Berhad (DNB), saya rasa ia akan gagal.

“Saya pelik juga sebab sebelum ini, masa pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, Muhyiddin acap kali ulang beliau tidak berhasrat nak jadi Perdana Menteri tetapi pergi minta sokongan pihak lain untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, ini nak kata tidak ada hasrat atau macam mana?” soalnya.



Jumaat lalu, Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang mendakwa Muhyiddin bertemunya untuk mendapatkan sokongan dalam usaha kembali menjadi Perdana Menteri.

Selain Mahathir, Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal turut mendedahkan Muhyiddin menghubunginya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi. FMT

Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker