Ditangkap bawa rokok dalam poket sebelum petang, sedia berdepan dengan notis JAIM

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan mengeluarkan notis kepada umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket pakaian sebelum pukul 2 petang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan secara efektif tanpa sebarang manipulatif.

Katanya, umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket seluar atau baju sebelum pukul 2 petang akan dikenakan notis hadir ke pejabat bagi tindakan peringatan.

“Kita akan buat pendekatan di peringkat penguat kuasa operasi, kita akan bagi notis kepada pelaku untuk ke pejabat dan diberikan nasihat yang sepatutnya.

“Kita bukan nak saman dia, ini hanya sebagai peringatan supaya perkara ini tidak berlaku kerana ia boleh membawa kepada kejadian ponteng puasa,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan Operasi Plastik Hitam Bersendawa di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, pendekatan secara berhemah itu dilakukan selepas pihaknya mengesan ramai umat Islam membawa rokok di dalam poket, namun mendakwa berpuasa.

“Dalam operasi hari ini, seramai dua individu dikesan membawa rokok di dalam poket seluar, kita juga boleh bau asap rokok dan percaya individu terbabit tidak berpuasa.

“Namun, bau itu adalah subjektif dan tindakan kompaun tidak boleh dikenakan, malah pelaku juga memberikan alasan tidak menyedari terdapat rokok di dalam poket seluar sama yang dipakainya semalam,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker