2 wanita mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan polis

2 wanita mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan polis

Dua wanita warga asing yang menjadi mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan Polis Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, George Town, dua hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Rahimi Ra’ais berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya telah menahan dua lelaki yang dipercayai menjadi ‘penjaga’ serta ejen sindiket tersebut.

“Dua lelaki tempatan berusia 29 dan 39 tahun dipercayai menjadi ‘penjaga’ serta ejen sindiket ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, hasil risikan dan maklumat orang awam dua wanita berusia 27 dan 28 tahun berjaya diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) kontinjen Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati dua wanita itu dipercayai telah dieksploitasi untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan, dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Rahimi berkata dua suspek itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007. FMT

2 wanita mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker