Guardiola tinggalkan Etihad jika City bohong

Guardiola tinggalkan Etihad jika City bohong

Pep Guardiola sebelum ini menegaskan dia akan meninggalkan Manchester City jika pengurusan kelab itu berbohong berhubung pelanggaran peraturan kewangan.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berdepan lebih 100 dakwaan melanggar peraturan kewangan selepas siasatan selama empat tahun.

Justeru, kelab dimiliki City Football Group (CFG) yang dikuasai Abu Dhabi itu bakal berdepan hukuman termasuk pemotongan mata atau disingkirkan daripada Liga Perdana.

Ia berlaku selepas UEFA menghukum City dengan penggantungan selama dua tahun dan mendenda kelab itu £25 juta (RM128.2 juta) pada Februari 2020 atas dakwaan pelanggaran fair play kewangan.

Bagaimanapun, hanya lima bulan kemudian, hukuman itu dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) hanya £9 juta (RM46.1 juta).

Susulan kontroversi berkenaan, Guardiola mempertahankan kelab itu dengan menegaskan beliau percaya tiada peraturan yang dilanggar.

Tetapi dia juga menegaskan akan meninggalkan Etihad jika pihak pengurusan menipunya.

“Saya mempercayai mereka 100 peratus sejak hari pertama, jadi saya mempertahankan kelab kerana itu.

“Saya beritahu ‘jika anda berbohong kepada saya, esok saya tiada di sini’. Saya akan keluar dan anda tidak akan menjadi kawan saya lagi.’

“Saya suka mewakili kelab yang melakukan perkara dengan betul. Akhirnya ia bukan mengenai memenangi Liga Juara-Juara atau Liga Perdana.

“Ia mengenai sentiasa melakukannya perkara baik demi penyokong,” katanya. BH

Guardiola tinggalkan Etihad jika City bohong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker