Penghantar barang nyaris maut ditikam pelanggan

Penghantar barang nyaris maut ditikam pelanggan

SEORANG penghantar barang nyaris maut ditikam seorang lelaki selepas enggan membayar barang yang dipesan secara atas talian dalam satu kejadian di Banyuasin, Sumatera Selatan, Sabtu lalu.

Memetik laporan Detik.com, suspek telah bertindak agresif dengan menikam badan mangsa, Akbar Makrup, 22 tahun.



Ketua Unit Siasatan Jenayah Banyuasin, Asisten Komisioner Harry Dinar berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa menghantar barangan suspek secara penghantaran terus (COD) di kawasan Sembawa.

Katanya, mangsa telah menghubungi suspek untuk menghantar barangan tersebut ke kediamannya pada pukul 2 petang.

“Suspek berkata ‘tolong hantarkan sahaja bungkusan itu ke rumah saya dan saya akan lakukan pembayaran di pejabat penghantar barangan,” ujarnya.

Jelasnya, selepas mendapat pengesahan daripada suspek, mangsa hantar bungkusan ke rumah suspek dan suspek selamat menerima bungkusan itu.



Pada pukul 4 petang, mangsa menghubungi suspek bertanyakan tentang pembayaran wang COD yang belum diterima.

“Mangsa membuat keputusan untuk mengambil balik bungkusan dari rumah suspek selepas ditanya oleh penyelianya.

“Bagaimanapun, apabila sampai di rumah suspek, keluarga suspek enggan memulangkan bungkusan yang belum dibayar itu,” ujarnya.

Mangsa kemudian pulang kembali ke pejabat setelah usahanya tidak berhasil.



Harry berkata, pada pukul 5 petang, suspek telah datang ke pejabat dan bertengkar dengan mangsa dan rakan mangsa.

Suspek juga telah mengarahkan mangsa dan rakan untuk mengambil balik bungkusan di rumahnya.

“Mangsa tiba di rumah suspek pada pukul 5.30 petang dan mendapati suspek serta keluarga sedang menunggu sambil mengacukan pisau dan berkata ‘ambil bungkusan itu’,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian tunduk mengambil bungkusan yang berada di atas lantai dan suspek bertindak menikam di bahagian ketiak kiri mangsa dengan pisau.



Suspek juga bertindak menikam rakan mangsa tetapi gagal selepas rakannya sempat melarikan diri. Utv

Penghantar barang nyaris maut ditikam pelanggan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker